Hari - hari dapat orang offer subletkan rumah dari owner tapi tidak dapat ambik

 hari-hari dapat orang offer subletkan rumah dari owner.. tapi apakan daya.. offer tak best.


reason kenapa offer xbest..

- kawasan tak sesuai buat sublet per head. Ada tempat yang boleh buat bilik sewa. Ada kawasan yang tidak boleh buat bilik sewa atau susah nak dapat penyewa bilik.

- harga nak kasi sublet mahal nak mampus.. nak bagi owner sewa lebih dari market atau harga market.. kami subletter hanya berminat dengan unit yang below market sahaja sebab nak maximum profit.

- owner jenis cerewet (yang otai kadang-kadang dah leh baca perangai)

- capital company dah yilek (hehe).. Satu unit yang kitorg setup kos boleh sampai RM 10000 ke RM 12000.

- strategi sublet makin berhati-hati.. susah nak dapat penyewa sekarang. Nak kawasan yang betul2 proven senang dapat penyewa.

- owner nak deposit tinggi, kami subletter prefer deposit 1 bulan sahaja atau tiada deposit langsung. hehehehe.

- owner nak suruh sewa on the spot, kami subletter biasa akan mintak setengah bulan atau satu free sewa untuk repair2 dan setup perabot.

- owner terlalu ambil berat pasal rumahnyer, hari2 melawat sambil jenguk2 rumahnyer sehingga penyewa rasa kurang selesa... kalau dtg bawa KFC or Pizza hut xpe jugak hahahaha..


Tip free untuk owner
- kalau nak cashflow bulanan yang tinggi, sila buat sewa per head sendiri. Bersedia untuk melayan kerenah penyewa, repair tombol, paip, angkat phone tengah2 malam & weekend.
- tambah lagi kalau nak kejar penyewa yang tidak bayar sewa 3 or 4 bulan, atau kes penyewa lari tengah2 malam dan rosak kan rumah.