Sublet itu haram. Ambil keuntungan atas angin sebab sewa atas sewa
Ada orang mengatakan 'Sublet' itu haram, ambil keuntungan atas angin sebab sewa atas sewa.
Kalau engkorang berpendapat yg sama, sila baca ni sampai habis. Bila lagi nak rajin membaca kan?
Ini sebahagian kecil dari ilmu hartanah, harus tahu.
Pertama, ketahui perbezaan harga untuk 3 jenis furnishing rumah sewa;
1. Not Furnished.
2. Partially Furnished.
3. Fully Furnished.
Ketiga-tiga jenis furnishing ini, disewakan dengan kadar harga yg berbeza. Yg mana, rumah 'Not Furnished' pada kadar terendah, dan rumah 'Fully Furnished' pada kadar tertinggi (rujuk gambar).
Walaubagaimanapun, kadar sewa hartanah bergantung pada kawasan ya. Kadar sewa rumah kat sebelah KLCC tak sama dgn kadar sewa dalam kampung.
Gambar yg dilampirkan adalah 3 jenis furnishing yg saya maksudkan dan semua adalah apartment yg sama. Tiga-tiga adalah unit 2 bilik tidur dan 2 bilik air. Saya ambil sebagai contoh.
Kadar sewanya;
1. Not Furnished = RM1100.
2. Partially Furnished = RM1250
3. Fully Furnished = RM1500
Dimana-mana pun, harga ketiga-tiga jenis furnishing ini pasti berbeza.
Kalau jumpa Fully Furnished yg sama harga dgn Not Furnished, itu adalah harga 'kasih sayang' owner bagi dan bukan ikut kadar semasa.
Jadi, bagaimana caranya dengan Sublet ni boleh buat untung?
Owner pajakkan unit pada kami untuk kami jaga, pada kadar terendah. Owner akan serahkan unit 'Not Furnished'.
Untuk dapatkan keuntungan, kami perlu jadikan unit ini 'Fully Furnished' dengan modal sendiri +-RM5000-RM7000.
Jadi kami akan sewakan semula pada kadar yg sepatutnya, iaitu RM1500.
Dengan keuntungan RM400 sebulan dan modal RM7000. Kami perlukan 17 bulan untuk mendapatkan semula modal awal.
Belum dikira kerugian atas kerosakan dan penyewa lari. Dan juga lain-lain kerugian, dapur terbakar contohnya.
Mungkin yg engkorang maksudkan atas angin tu adalah;
Owner pajakkan pada kami 'Not Furnished' pada kadar RM1100, dan kami sewakan semula 'Not Furnished' pada kadar RM1500. Dan untung buta-buta RM400 setiap bulan?
Bullshit!
Sekarang dah jelas kan? Itulah, lain kali rajin-rajin membaca. Lepas tu, nak tanya biarlah pada orang yg ahli.
Atau kalau engkorang ada point lain yg membuktikan Sublet ini cuma ambil untung atas angin?
P/S: Lepas ni pergi restoran seafood, order Ikan Siakap 3 Rasa. Lepas tu kau mintalah harga Ikan Siakap mentah macam kat Tesco.
Kredit kepada facebook
Azlan Ismail
www.mybiliksewa.blogspot.com