Cara- Cara buat dummy iklan bilik sewa dan rumah sewa untuk menentukan demand sesuatu kawasan

 Cara- Cara buat dummy iklan bilik sewa dan rumah sewa untuk menentukan demand sesuatu kawasan


===================================================


Mula2 buat sahaja iklan macam nak cari penyewa betul2

Contoh iklan yang syamin saad buat

Boleh copy and paste di blog syamin


Hentian Kajang Jalan Reko
Sebelah Bandar Baru Bangi Seksyen 5

Bilik sewa Hentian Kajang Jalan Reko

Single RM 270 ke RM 300

Bilik sewa  Hentian Kajang Jalan Reko

Kongsi 2 orang
Seorg RM 180 ke RM 220

Whatsapp
Encik Syamin - 0149661850

Alamat
7-XX,
Jalan Hentian 1b,
Pusat Hentian Kajang,
Jalan Reko 43000,
Kajang Selangor

Apartment
tiada lift
bawah kedai dan ofis

List perabot yang ada di Hentian Kajang Jalan Reko

Dapur
- Mesin basuh
- Peti ais
- Dapur memasak
- Tong gas
- Rak dapur memasak
- Ampaian

Bilik
- Kipas berdiri atau kipas siling
- Katil single
- Almari
- Tilam single


Berhampiran dengan Hentian Kajang Jalan Reko

- Hentian Kajang Jalan Reko
- KWSP
- Klinik hulu langat
- Klinik 1 Malaysia
- LHDN
- Pejabat pos hentian kajang

Whatsapp
Encik Syamin - 0149661850

Kepada owner rumah yang ada Hartanah yang nak di JUAL / SEWA
Boleh whatsapp saya untuk info lanjut

-----------------------------------------------------------------------------------------------


iklan saya buat di ibilik dan mudah.my biasa saya letak

letak gambar depan apartment atau gambar depan rumah sahaja

tempoh untuk buat dummy iklan boleh buat 2 bulan ke 3 bulan

lagi lama dummy iklan lagi bagus

boleh kumpul database lagi banyak

kalau iklan ni 1 minggu ada 10 ke 15 call kira byk dengan hot la lokasi ni

kalau 1 bulan dapat 30 ke 40 call

pergghhhh best.. byk potential penyewa dan database



bila dah ada orang start call… kita tidak ada unit lagi untuk di sewa

bagi tahu je.. unit kita dah penuh.. jangan risau

kalau diorg Tanya 1 hari iklan pon dah penuh ke ??

laju nyer

cakap je lokasi ni mmg hot dan ramai yang nak siapa cepat dia dapat..

tapi kalau nak saya tolong cari kan pon boleh

saya ada byk kawan2 yang buat bilik sewa

boleh tolong isi template details ni untuk saya tanye kawan2

-----------------------------------------------------------------------------------------------


Untuk memudahkan proses mendapatkan bilik yang bersesuaian, mohon berikan maklumat² berikut

Nanti saya tolong tanya kan kawan2 lain yang buat bilik sewa di sini

1. No hp :

2. Nama :

3. Umur :

4. Nak masuk bila :

5. Bilik single / sharing :

6. Belajar / bekerja di mana :

7. Tempoh sewaan :

8. Bajet sewa bulanan :

-----------------------------------------------------------------------------------------------


so bila kita dah ada.. 20 database dalam 1 minggu..

atau beratus2 database dalam masa 2 atau 3 bulan

kita dah yakin unit ni boleh penuh..

baru ambik unit sublet untuk di setup

jangan terburu2..

perlu buat kajian betul2

jika anda tidak maru rugi beribu2

kalau korang buat dummy iklan ni dalam masa 1 minggu baru ada 1 call

jangan la ambk unit ni utk sublet.. nanti korang nangis la tiap2 hari

sebab xde penyewa hahahaha





Cara Nak Memaksimumkan Sewaan Hartanah Yang Anda Miliki dan Hartanah Sublet

 


"KINI DIBUKA! - PROGRAM SUBLETMETHOD! - [Blueprint Lengkap Memaksimumkan Sewaan Hartanah Yg Anda Miliki dan Hartanah Sublet]
.
Siapa Lagi Yang Masih Was-Was..Tak Faham..Takut-takut & Tak Reti Bagaimana Nak Mula Untuk Jana dan Maksimumkan Pendapatan Dari Hartanah Pada Tahun 2017 Ni? Dont Worry! Sebelum Akhir Tahun 2017 ni, Saya Nak Ajar Anda #PROVENMETHOD dan #BLUEPRINT bagi Mendapatkan Keuntungan yang Maksimum Dari Hartanah Milik Sendiri atau Hartanah Yang Anda Urus (Sublet).
.
TERBARU! Program SubletMethod ini KHAS untuk anda.. PELABUR HARTANAH yang nak tahu TEKNIK KREATIF jana cash flow konsisten bagi kembangkan lagi porfolio hartanah anda..Pekerja di sektor KERAJAAN & SWASTA yang bekerja 9-5 setiap hari yang nak jana income tambahan RM 4 angka secara PART-TIME jer.. Nak taw?
.
Teruskan bacaan sampai ke AYAT TERAKHIR di post ini...
.
SIAPA YANG LAYAK DAN SESUAI UNTUK AKSES KE PROGRAM INI?
.
Tak semua orang layak untuk akses ke program ini.
.
Orang yang mempunyai ciri-ciri berikut jer sangat sesuai utk join taw:
.
1. ORANG GOMEN/SWASTA - Anda yang berkerja dengan kerajaan atau swasta dari jam 9am-5pm, nak tak saya tunjukkan cara untuk JANA income tambahan sehingga RM 4 angka tanpa perlu ada hartanah sendiri dan buat secara PART TIME je..
.
2. NEWBIE DLM HARTANAH- yang baru nak bermula tapi risau kos pelaburan akan jadi PELEBURAN jika tak ada ilmu dan tak sesuai dengan diri anda. Nak tak kalau anda BERMULA TERUS hanya dengan MODAL RENDAH dan RISK RENDAH…Beri peluang pada diri anda untuk dapat bimbingan direct dari kami..
.
3. PELABUR HARTANAH - lagilah kena join.. Nak tak kalau kami kongsikan teknik sebenar menguruskan hartanah rental anda dari pengurusan hartanah, pengurusan penyewa , pengurusan financial dan sebagainya. Kami juga berikan anda akses kepada lebih 60 subletter yang tak sabar-sabar nak uruskan hartanah, jadi anda boleh goyang kaki…
.
4. ORANG TAK CUKUP DEPOSIT 10%-Dont worry. Kami faham anda mungkin baru mula bekerja dan graduate. Macam mana nak sediakan deposit 10% untuk beli rumah. Nak sediakan bayaran fee laywer lagi dalam 5% Terbantut terus niat nak miliki rumah seawal usia muda. Percaya tak ada student yang masih belajar dan jana income RM 4 angka hanya urus rumah sublet dari kolej dan naik teksi + train ulang alik urus rumah sublet. Anda pun boleh!
.
5. ORANG YANG TAK LEPAS LOAN - Loan tak lepas sebab syarat makin ketat untuk tahun 2017 ni. Mungkin juga anda dah level JERUNG..Bank dah tak nak finance kan anda untuk pembelian hartanah baru sebab anda dah dianggap BERISIKO sebab terlalu banyak loan atas nama anda. Boleh cuba teknik #subletmethod. Tanpa perlu keluarkan 10% deposit, sign SNP, bayar duti setem, bayar lawyer anda boleh menikmati potensi cash flow positif…
.
6. FRESH GRADE - Anda baru je mula keje dan tercari-cari platform pelaburan. Ada macam-macam platform pelaburan kat luar sana. Saham, Forex, Hartanah, Emas, dan etc. Boleh join program ni dan fahami asas pelaburan hartanah bersama team SubletMethod
.
Anda berada di kategori yang mana satu? Dah tak sabar nak join? Nak tahu apa yang anda akan belajar di Program SubletMethod?
.
==============================
9 MODUL UTAMA SUBLETMETHOD
==============================
.
MODUL 1:
Belajar merancang bisnes plan menggunakan Bisnes Model Canvas (BMC). Jadi anda akan diajar bagaimana membuat BISNES PLAN sublet secara terancang menggunakan teknik BMC ini.
.
MODUL 2:
Belajar menggunakan formula rahsia M.A.P dalam menentukan strategi bisnes sublet anda dan memahami kehendak pasaran disesebuah lokasi perumahan.
.
MODUL 3:
Belajar dan fahami dokumen-dokumen penting yang perlu ada sebelum memulakan bisnes sublet supaya anda kelihatan lebih PRO dimata pelanggan anda.
.
MODUL 4:
Belajar teknik yang betul mencari lokasi HOT dan mempunyai demand penyewa yang tinggi dan RISIK apa yang pesaing anda ada supaya anda boleh tonjolkan USP lebih menarik daripada mereka.
.
MODUL 5
Belajar teknik marketing ONLINE dan OFFLINE yang boleh MEMUKAU dan menarik perhatian prospek owner dan penyewa anda. Anda akan didedahkan teknik marketing FREE yang sangat EFEKTIF. Skrip CLOSING owner dan penyewa juga akan dikongsikan.
.
MODUL 6
Belajar terma asas laporan kewangan seperti aset,liabiliti, ekuiti dan etc. Anda akan diajar bagaimana merekodkan prestasi kewangan portfolio sublet dalam penyata kewangan. Pengiraan untung/rugi sublet akan diterangkan.
.
MODUL 7
Belajar Pengurusan Kontrak, Kewangan, dan Penyewa. Segala dokumen penting untuk fasa "selepas" dapat unit sublet turut didedahkan. Anda akan dibimbing line-by-line klausa-klausa penting dalam setiap dokumen kontrak.
.
MODUL 8
Teknik yang jarang didedahkan oleh player sublet lain.. Bagaimana anda boleh "scalling up" kan dan run bisnes sublet anda sehingga mengurus lebih 400 orang penyewa dalam satu-satu masa..Bila nak kena ambik staff, bagaimana nak sediakan job skop dan job distribution kepada "runner" anda.
.
MODUL 9 (MODUL PALING PENTING)
Maintenance Management. Anda akan di dedahkan kepada SOP-SOP penting bagaimana nak pastikan OPERATION dan MAINTENANCE unit sublet berjalan lancar. Ilmu ini paling bernilai dalam kesemua modul sublet ini.

=============================
Baiklah, berapakah YURAN PELABURAN untuk join PROGRAM SUBLETMETHOD?
============================
.
Yuran kebijaksanaan yang saya nak tetapkan ialah RM597 sebenarnya....
.
Namun, khas untuk anda yang follow saya di Facebook, saya bagi diskaun
.
Hanya RM97 sahaja....

Team kami akan check sapa tak cukup syarat ni akan ditolak tempahan anda.. mohon support utk kongsi peluang ni dgn kawan2 anda..


https://akademisublet.onpay.my/order/form/sm2017/60
https://akademisublet.onpay.my/order/form/sm2017/60
https://akademisublet.onpay.my/order/form/sm2017/60





Cara mencari rumah sublet atau rumah untuk di pajak

 Cara mencari rumah sublet atau rumah untuk di pajak


www.mybiliksewa.blogspot.com
www.penunggurumah.com

- mudah.my , rumahsewa.com.. cari bahagian apartment untuk di sewa. Call owner dan bagi tahu nak sublet rumah

- edar flyers atau name card mencari 10 rumah untuk di sewa di peti surat, bawah pintu.. pintu masuk apartment atau masjid yang berdekatan

- tampal notice iklan di papan iklan mencari rumah untuk di pajak

- buat iklan di facebook untuk mencari apartment untuk di sewa.. buat group sublet.. page sublet..

- tampal iklan depan unit2 sublet yang sedia ada.

- networking dengan agen hartanah. Biar diorg yang tolong cari kan unit sublet. Bagi komisyen sikit.

- takeover unit sublet dari rakan subletter yang lain.

www.mybiliksewa.blogspot.com
www.penunggurumah.com







Hari - hari dapat orang offer subletkan rumah dari owner tapi tidak dapat ambik

 hari-hari dapat orang offer subletkan rumah dari owner.. tapi apakan daya.. offer tak best.


reason kenapa offer xbest..

- kawasan tak sesuai buat sublet per head. Ada tempat yang boleh buat bilik sewa. Ada kawasan yang tidak boleh buat bilik sewa atau susah nak dapat penyewa bilik.

- harga nak kasi sublet mahal nak mampus.. nak bagi owner sewa lebih dari market atau harga market.. kami subletter hanya berminat dengan unit yang below market sahaja sebab nak maximum profit.

- owner jenis cerewet (yang otai kadang-kadang dah leh baca perangai)

- capital company dah yilek (hehe).. Satu unit yang kitorg setup kos boleh sampai RM 10000 ke RM 12000.

- strategi sublet makin berhati-hati.. susah nak dapat penyewa sekarang. Nak kawasan yang betul2 proven senang dapat penyewa.

- owner nak deposit tinggi, kami subletter prefer deposit 1 bulan sahaja atau tiada deposit langsung. hehehehe.

- owner nak suruh sewa on the spot, kami subletter biasa akan mintak setengah bulan atau satu free sewa untuk repair2 dan setup perabot.

- owner terlalu ambil berat pasal rumahnyer, hari2 melawat sambil jenguk2 rumahnyer sehingga penyewa rasa kurang selesa... kalau dtg bawa KFC or Pizza hut xpe jugak hahahaha..


Tip free untuk owner
- kalau nak cashflow bulanan yang tinggi, sila buat sewa per head sendiri. Bersedia untuk melayan kerenah penyewa, repair tombol, paip, angkat phone tengah2 malam & weekend.
- tambah lagi kalau nak kejar penyewa yang tidak bayar sewa 3 or 4 bulan, atau kes penyewa lari tengah2 malam dan rosak kan rumah.




Kesilapan besar subletter dalam business bilik dan rumah sewa

 Kesilapan besar subletter dalam business bilik dan rumah sewa


1. Ambil unit sewa dari owner lebih dari market value

sewa market RM 1000.. owner nak bagi sewa RM 1200.. jangan la ambik.. patutnyer nego sewa bagi dapat RM 800 atau RM 900.. kalau owner tidak mahu turun kan sewa..

lagi bagus cari unit yang lain.. pemilihan unit sublet mesti la yang berkualiti dan boleh buat profit sahaja..  kos modal nak bayar deposit bukan sedikit... nak modal beli perabot lagi..

pilih unit yang berkuality.. harga sewa below market dan demand yang hot sahaja


2. Subletter beli barang yang low quality.. 

untuk bagi ke penyewa.. beli barang yang low kuality memang murah.. tapi tidak tahan lama... penyewa akan complain barang cepat rosak..

nanti tengah - tengah malam penyewa complain....
bang katil rosak la..
bang almari pintu tercabut la..
bang tilam ni dah nipis sangat la.. sakit belakang nak tido
bang mesin basuh ni air tak keluar la...
bang peti ais ni tak sejuk la...
kan dah sakit kepala dkt situ
hahahaha

Barang yang low quality juga boleh menyebab kan penyewa tidak minat nak sewa bilik or rumah yang di tawar kan... tiada add value.. nak bagi unify dan tv LCD siap Astro konfirm penuh cepat hahaha...

lagi bagus beli barang elektrik yang baru dan warranty 5 tahun.. boleh tahan lama dan kita tidak pening kepala..


3. Modal yang lebih dari sepatut nyer.. 

sewa bilik sahaja pon... beli barang yang sederhana mahal cukup la... bagi penyewa mesin basuh auto 7 kg... jgn la bagi mesin basuh 12 kg..

bagi katil single siap plywood... tilam 5 inch.. jgn la bagi katil devon tebal 10 inch.. hahaha.. paham lah kan..

langsir jangan la beli jenama mahal.. 2 panel sampai harga RM 300.. beli yang 2 panel harga RM 80 ok dah dekat kamdar or kawan2



4. Ambil unit sublet tanpa mengkaji demand dan sublet kawasan yang nak di ambk..

contoh kawasan kajang villa tropika sewa RM 1000 ke R 1200.. rumah baru.. kena la buat kira-kira berapa boleh sewa.. kena la buat iklan dummy berapa orang yang call masuk... minimum cashflow RM 500 dapat baru boleh ambk sbb modal perabot RM 6500.. deposit RM 3500.. total dah RM 1000

kalau RM 500 cashflow.... RM 10000 / 500 = 20 bulan baru balik modal... tu pon kalau full la.. hahaha

kalau RM 300 cashflow RM 10000 / RM300 = 33 bulan baru balik modal

kalau ambk cashflow RM 300 tu dah sikit sangat...

perkara paling penting kena try iklan dekat mudah.my or ibilik.my

kalau setakat 1 hari 1 org call... 3 hari 1 orang call.. xpayah la ambk.. iklan marketing kena buat sendiri... tgk berapa org call.. jangan percaya cakap owner rumah yang nak sewa kan rumah tu.. jangan percaya cakap agen yang nak sewa kan rumah tu... jangan percaya cakap subletter yang nak let go rumah tu.. jangan percaya cakap kawan2 yang xpernah buat bilik sewa or rumah sewa di kawasan itu... hehehehe



5. Kontrak dengan owner rumah sekejap sangat.

Kos perabot yang sublettr keluar kan agak tinggi perabot sahaja boleh sampai RM 6000 ke RM 8000 bergantung pada bilangan penyewa nak masuk dan kualiti perabot.

nak balik modal pon dah 1 tahun ke 2 tahun.. itu pon kalau penuh. so sepatut nya subletter kena buat kontrak dengan owner 5 tahun atau boleh nego ke 3 tahun paling minimum.

selepas 2 tahun max dah boleh buat profit...tp lepas 1 tahun or 2 tahun pon ada perabot2 mcm tilam dah start mula rosak. kena fikir juga masa nak ambil unit sublet tu ye.. hehehe





Tujuan owner rumah nak sublet atau pajak kan rumah kepada Syarikat Property Management

 Tujuan owner rumah nak sublet atau pajak kan rumah kepada Syarikat Property Management


www.mybiliksewa.blogspot.com
www.penunggurumah.com

- Owner rumah sibuk dengan kerja harian dan pulang lewat malam ke rumah

- Owner rumah tinggal jauh dari apartment yang nak disewa kan... Rumah di Shah Alam owner tinggal di Kajang, Kedah atau luar negara owner kerja offshore dan lain - lain

- Owner rumah hanya fikir nak sewa bulanan tanpa pening kepala dengan kerenah penyewa yang macam2 demand. Penyewa mintak diskaun.. penyewa tiap2 bulan bayar lewat.. kena call 10 kali dan mesej berkali2 baru nak bayar

- Owner rumah tiada masa nak mencari penyewa. Set appoitment penyewa xdatang.. set appoitment penyewa lewat sampai.. set appoiment n dah view rumah penyewa xjadi sewa or mintak kurang.. Penyewa yang syarikat cari pon yang berkualiti sahaja.. yang mampu bayar dan jaga kebersihan dan barang2 dalam rumah.. perabot dalam rumah pon syarikat yang sediakan kepada penyewa...

- Owner rumah tiada masa nak bayar maintenance / cukai taksiran / bill dan lain - lain. Cukai xbayar sampai rumah kena sita

- Owner tiada masa nak setup rumah. Nak beli perabot mahal2.. nak tggu lori hantar barang lambat. Owner tidak perlu keluar kan modal.. semua perabot syarikat akan masuk kan yang baru 100% syarikat yang bayar.

- Owner tidak pandai menguruskan penyewa or malas nak berurusan dgn manusia

- Owner xsuka tidak suka dengan penyewa yang bayar lewat... selalu tangguh untul bayar sewa dengan macam2 alasan.

- Owner mempunyai banyak rumah, seorang pelabur hartanah yang ada banyak rumah dan suka orang lain yang uruskan tanpa pening kepala

- Owner tiada masa nak membaiki kerosakan yang dilakukan oleh penyewa. Contoh segala masalah dan kerenah penyewa seperti lampu, tombol rosak, singki tersumbat, penyewa tertinggal kunci akan diuruskan oleh kami. Segala kerosakan bawah RM 200 syarikat akan repair sendiri tanpa ganggu owner... kalau atas RM 200 mcm piping dalam dinding pecah.. bumbung bocor.. litar pintas baru akan inform owner dan syarikat akan bawa kontraktor utk check berapa harga kos repair.

- Syarikat Property Management kami akan byr sewa setiap bulan tanpa miss selama 3 ke 5 tahun sewa. Kalau rumah masih xfull pon... syarikat akan byr sewa fix setiap bulan... best kan untuk owner.

www.mybiliksewa.blogspot.com
www.penunggurumah.com






www.penunggurumah.com

Menjadi ahli Penunggu Rumah

 Menjadi ahli Penunggu Rumah


"DAFTAR UNTUK MENJADI SEBAHAGIAN #PenungguRumah"
=======================================


Syarat menjadi ahli Penunggu Rumah (PR)

- Mempunyai bilangan unit sublet 3 dan ke atas

- Hadir pada mesyuarat bulanan PR akan datang dan berdaftar secara manual dengan mengisi Borang Pendaftaran Ahli Penunggu Rumah

- Iltizam (komitmen) untuk hadir mesyuarat bulanan PR yang diadakan pada setiap Ahad minggu ke- 3

- Iltizam penuh untuk kekal dan maju bersama-sama pasukan PR

- Membayar yuran keahlian sebanyak RM200 (sekali seumur hidup)

- Membayar royalti bulanan RM50

- Aktif dalam kumpulan WhatsApp PR





Keahlian baharu belum dibuka. Jika berminat, sila
Pradaftar di sini -->

http://www.penunggurumah.com/daftarpr
50 orang pertama akan ditemu duga dan ditapis sebelum diterima sebagai ahli PR. Kami akan tumpukan 50 pertama apabila keahlian baharu dibuka kelak.




FAQ Ahli Penunggu Rumah

1) Apakah yang diperoleh apabila ahli membayar yuran keahlian RM200 dan berapakah harganya setiap satu?

1. Baju-T dan desain: RM25 (1 helai)
2. E-buku Pengurusan Subsewa: RM50
3. Kad perniagaan: RM30 (1 kotak)
4. Pelekat kereta: RM20 (2 keping)
5. Lebihan RM75 untuk pentadbiran, pemasaran, aktiviti dan luar jangka

2) Bagaimanakah wang royalti bulanan RM50 digunakan?

PERJUMPAAN BULANAN

– Sewa dewan RM300-RM500
– Upah penyampai jemputan RM300-RM500
– Sarapan dan minum pagi RM250

LAMAN SESAWANG

– Penyenggaraan laman sesawang www.penunggurumah.com
– Pembangunan laman sesawang www.mybiliksewa.com
(Walau bagaimanapun, penyenggaraan blog www.mybiliksewa.blogspot.com oleh Syamin Saad PERCUMA untuk ahli

PEMASARAN

– Kain rentang PR dan MyBilikSewa untuk peristiwa
– Sewa reruai (booth) atau tapak gerai
– Risalah/iklan sebar PR dan laman MyBilikSewa untuk edaran umum
– Kerja pemasaran berterusan dalam pelbagai bentuk lain bagi menaikkan jenama PR supaya lebih banyak hartanah pajakan di tempat terpilih diperoleh

PERLINDUNGAN

Perbelanjaan Support and Rescue (SAR) di rumah sewa ahli jika ada penyewa bermasalah atau menghadapi bencana

Akaun berasingan akan dibuat untuk mengutip wang (akaun persatuan). Buat sementara waktu, akaun Mohd Amin Harith akan digunakan dahulu. Wang yang dikutip hanya akan digunakan untuk pemasaran PR dan segala aktiviti berkaitan dengan PR yang membawa manfaat kepada keseluruhan ahli. Wang itu tidak boleh diambil, dipinjam, dilaburkan atau sebagainya oleh mana-mana ahli PR mahupun ahli Majlis Tertinggi PR.

3) Apakah manfaat yang diperoleh daripada royalti bulanan?

Selain seperti jawapan soalan (2) di atas, insya-Allah pelaburan RM50 sebulan akan memberikan imbuhan atau nilai pulangan yang lebih besar dalam bentuk manfaat berjemaah seperti senarai penyewa bermasalah, panduan atau nasihat rakan sepasukan; selain mempunyai rangkaian di bawah satu jenama yang akan dibangunkan bersama-sama.

Masing-masing beroperasi dengan syarikat masing-masing serta pendekatan yang dirasakan sesuai oleh setiap ahli. Walau bagaimanapun, tatacara piawai PR boleh dijadikan panduan teras. Ahli juga akan bergerak di bawah jenama yang sama.

PR dalam perancangan untuk menubuhkan syarikat Sdn Bhd namun tidak boleh terus ke arah itu. Iltizam (komitmen) setiap ahli yang serius perlu diserlahkan bagi membezakan mereka daripada ahli yang akan lenyap dan terkubur dalam PR. Kutipan bulanan ialah langkah permulaan sebelum penubuhan Sdn Bhd yang mungkin memerlukan dana ribuan ringgit daripada setiap ahli yang tentunya memerlukan iltizam yang lebih tinggi.

4) Adakah ahli kumpulan WhatsApp yang tidak hadir perlu membayarnya juga? Dan jika tidak membayarnya, adakah mereka akan dibuang?

Keahlian PR perlu disahkan dengan pembayaran. Bagi yang tidak membuat pembayaran, apa-apa kelebihan yang disediakan oleh PR tidak dapat diperoleh ahli kumpulan WhatsApp PR; senarai hartanah yang diperoleh untuk dipajakkan melalui e-mel (listing), akses kepada laman penyewa, peletakan nama ahli dalam blog, penggunaan tag # dan sebagainya yang berkaitan dengan PR, baju, kad perniagaan dll.

Jadi, terdapat perbezaan antara ahli kumpulan WhatsApp dengan ahli PR.

PR masih memberikan peluang kepada ahli kumpulan WhatsApp yang tidak mengesahkan keahlian nampak bahawa gerakan berjemaah lebih baik daripada bergerak sendiri atau dengan kumpulan kecil. Sekarang mungkin para ahli belum nampak kelebihan gerakan berpasukan. Namun, sampai masanya, jika keahlian tidak disahkan dan perjumpaan tidak dihadiri, PR akan keluarkan mereka daripada pasukan.

5) Apakah hala tuju dan bentuk organisasi PR?

PR berupa persatuan dan berfungsi sebagai wahana perkongsian masalah, pengalaman dan panduan dalam kalangan ahli.

6) Adakah ahli yang tidak dapat hadir kerana berjauhan turut wajib membayarnya dan hadir ke perjumpaan bulanan?

Ahli yang jauh iaitu dari luar Lembah Klang masih boleh sertai PR dan sebenarnya, wakil setiap negeri begini memang diperlukan untuk membangun dan maju bersama-sama. Perjumpaan bulanan tetap diwajibkan hadir tetapi jika tidak dapat hadir secara fizikal, mereka boleh hadir secara maya melalui Skype.

Namun, jika ahli luar Lembah Klang tidak hadir perjumpaan, tidak mengesahkan keahlian PR, tidak memberikan apa-apa manfaat kepada PR, mereka terpaksa dikeluarkan juga demi keadilan semua pihak. Kepakaran anda diperlukan tetapi jika anda tidak bersedia untuk menyumbang, kami yang memerlukan anda ini terpaksa mengalah.

Dengan demikian, ahli yang tinggal di Lembah Klang wajib hadir secara fizikal kerana ketetapan mengatakan Ahad ketiga setiap bulan ialah hari untuk perjumpaan PR.

Sila rujuk jadual pembayaran royalti yang disediakan oleh Mohd Amin Harith.